siapa di sini sedang merancang nak buat open house?
perlu ke open house ni?
Sebenarnya pilihan kita sendiri, tapi berdasarkan pengalaman upa, ia satu keperluan, kenapa? sebab memudahkan kita di hari-hari esoknya, orang cakap alang-alang kan.
5 LANGKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM BUAT OPEN HOUSE
1. Senaraikan nama atau bilangan tetamu.
Ini perkara paling penting sekali bagi persediaan mengira bilangan tetamu, jika anda jemput 50 orang, anda perlu darap kepada dua, mungkin jemputan akan membawa pasangan atau keluarganya sekali. selain itu ia juga boleh memudahkan tuan rumah buat anggaran hidangan makanan.
Yang ini kedua penting, ye lah, kalau tidak ada menu, apa yang hendak dimakan kan,hihihi.
Menu open house tidak perlu heavy sangat, tapi pelbagai, tatamu yang datang ada banyak pilihan.
Jika bermula tengahari, amat digalakkan untuk menempah hiadangan nasi, tetapi jika petang atau malam, eloknya hanya sekadar jenis-jenis mee, laksa dan kuih muih tradisional, tidak lupa juga manisan atau pencuci mulut.
Sekarang sudah mudah, tidak seperti dahulu, banyak catering buat pakej, menu pun dah siap-siap berdasarkan bajet anda, pilih je mana yang berkenan di hati, tinggal keluar duit je,hihi.
Contoh katering yang menawarkan khidmat menu jamuan hari raya.
3. Buat sesi atau slot
Jika nak menjemput ramai orang, dan mengelakkan sesakan lalu lintas dirumah (ye la kan, buat dilaman rumah sahaja tiada khemah). eloklah buat slot, contohnya:
11.30-1.50 : Kawan pejabat suami
2.00-4.00 : keluarga terdekat
4.00-5.00 : Jiran-jiran
Jadi , tetamu tidak datang segerombolan, dan sempat lah juga kita menarik nafas dan melunjur kaki juga.
Sebenarnya to do list ni buat paling pertama hihihi. list siapa nk jemput, menu apa nk tempah, khemah nak pinjam di mana, cuci bilik air, sapu laman rumah, blast whatsapp jemputan, jumpa catering, pinjam kak long periuk, beli pingga plastik, dan lain-lain. ini sebagai contoh.
tujuanya supaya kita tahu apa yang paling penting, apa yang perlu buat, perkara yang telah selesai, potong siap-siap, jangan tengok lagi, fokus yang terdekat sampailah hari kejadianya.
5- Tentukan bajet perbelanjaan
list tetamu dah panjang, tapi bajet tak banyak la pulak kan, jadi mungkin boleh kurangkan jumlah tatamu atau kurangkan menu yang berat, contohnya Menu Nasi, kalau dikira-kira satu kepala Rm10, tapi kalau tempah mee hoon sup satu mangkuk dapat Rm4 sahaja, boleh la selebihnya tambah kuih dan sampingan lain.
Biar kecil asalkan ada, lepas ni boleh buat tabung khas untuk open house, tidak la terasa sangat duit mengalir keluat macam air paip kan, hihihi, apatah la lepas sakan beli baju raya..
OPEN HOUSE HARI RAYA bukanlah satu kewajipan, tapi untuk eratkan sillaturahim, waktu raya la waktu sesuai datang ziarah menziarahi, kalau hari lain datang, macam lain pulak rasa kan, hihihi
tips tambahan menghadiri open house boleh baca di siniTIPS OPEN HOUSE RAYA, SERONOK RAYA DENGAN SHAKLEE
Moga bermanfaat
selamat Hari Raya
ulfa Mohd lamappanganro