.
⭐️ Chickenpox adalah penyakit yang berpunca daripada virus Varicella Zoster
.
⭐️ Chickenpox (atau nama lain cacar air) adalah berbeza (baca disini) dengan measles (atau nama lain demam campak)
.
⭐️ Chickenpox sangat mudah berjangkit terutamanya kalau berlaku outbreak di tadika/sekolah
.
⭐️ Apabila diri kita terdedah kepada virus Varicella, ia akan mula berkumpul dan membiak dalam badan selama 2 minggu
.
⭐️ Ruam biasanya bermula 10 ke 21 daripada hari pertama terdedah kepada virus chickenpox
.
⭐️ Suntikan vaksin chickenpox boleh diberikan seawal umur 12 bulan dan hanya perlu 2 dos sahaja
.
⭐️ Bukan maksudnya bila ambil vaksin ni guarantee 100% takkan kena chickenpox
.
⭐️ Tetapi suntikan vaksin dapat mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat chickenpox
.
⭐️ Kalau kena pun, kesannya tak teruk dan mungkin dapat mengelakkan diri daripada kena masuk wad
.
⭐️ Masa untuk sembuh adalah lebih cepat berbanding orang yang tak pernah ambil vaksin chickenpox
.
🔈 Adakah chickenpox penyakit yang serius?
.
🔈 1 dalam 5000 orang yang mengalami chickenpox akan mengalami jangkitan otak (encephalitis), manakala 3 daripada 100,000 orang meninggal disebabkan oleh chickenpox
.
🔈 Tetapi komplikasi ini sangat jarang berlaku.