Home » 5 SEBAB KENAPA SUPLEMENT SHAKLEE TERBAIK

5 SEBAB KENAPA SUPLEMENT SHAKLEE TERBAIK

Disclaimer: Bukan upa claim sebab upa berniaga shaklee, tapi upa mula berniaga sebab berpunca dengan shaklee effect upa sejak tahun 2014.

Sebelum upa nak share fakta ber das- das..

upa nak share kenapa upa pilih shaklee,

Upa dulu ada skeptical dengan suplement, membazir, suplement untuk orang kaya saja, sampai satu masa, entah lham datang daripada mana, upa mula sedar diri , tak silap tahun 2010 macamtu.

“Aku susah nak makan sayur, kalau ada pun yg tidak segar”

“aku tak minum susu, macam mana nak dapatkan kalsium”

“Cukup ke keperluan Nutrisi yang aku makan hari-hari ni”

kebetulan waktu tu adik upa memang ada jual suplement jenama xxxxx, upa beli minyak ikan…. tapi upa tak boleh konsisten,sebab ada minimum order untuk upa dapat harga lebih murah, upa bukan nak berniaga pun, takkan nak kene beli stock banyak-banyak semata-mata nak dapat harga lebih murah.Dari situ terbantut upa makan suplement. lama terkubur hajat tersebut.

Tahun 2014 upa mengandung anak kedua, upa trauma mengandung anak pertama, bersalin secara pembedahan, tambahan pula terlalu fragile, demam setiap bulan, HB naik turun, eh, tiba-tiba datang darah tinggi.

lagipun upa memang nak sangat bersalin secara normal, risau anak kedua ni bersalin czerean juga, trauma bila kenang semula peristiwa-peristiwa bersalin di hospital XXXXX..

Ingat lagi, masa tu upa makan kat kantin saja sembang-sembang dengan cikgu-cikgu, kebetulan masing-masing mengandung pulak tu, upa pun saja cakap, risau kalau-kalau anak kedua ni bersalin czer lagi.

” Upa try la shaklee”

SHAKLEE? serius kali pertama dengar ni.
balik tu upa terus google shaklee, ooowh baru tahu kewujudan shaklee…. (lambat tahu rupanya)

long short story, rezeki upa bersalin secara Normal, dan sepanjang mengandung upa takda lagi drama demam setiap bulan, Alhamdulillah…

Dari situ upa sambung untuk set menyusu pulak, sebab upa dapat shaklee effect yang sangat best… ni jujur tau bukan nak claim, dari situ upa tahu dalam shaklee ada banyak suplment lain selain set ibu.

KENAPA SUPLEMENT SHAKLEE TERBAIK?

upa tidak lah cerewet mana, tapi bab memilih suplement ni upa cerewet, waktu ni banyak dah suplement di pasaran, local dan international, upa kaji dulu, tengok dulu baru upa akan cuba, seram tau nak makan sebarangan, sebab merosakkan buah pinggang dan membazir sahaja..

kaji punya kaji, upa dapat semua jawapan yang upa nak.

1- INOVASI 100 TAHUN
Komitmen Dr. Forrest C. Shaklee untuk membantu orang lain hidup lebih sihat bermula apabila beliau mencipta multivitamin pertama di Amerika Syarikat lebih 100 tahun yang lalu.
Dari produk nutrisi dan kecantikn yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampuan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda, dan lebih puas dengan kehidupan.

2- KAJIAN LEBIH TERPERINCI

> Shaklee mengendalikan lebih 100,000 ujian kawalan kualiti setiap tahun untuk memastikan kualiti dan potensi produk.
> Menjalani 350 Ujian ke atas setiap bahan botani baru untuk mencemaran yang berbahaya.
> 300+ 3X lebih Ujian terhadapat racun perosak dari yang diperlukan oleh Pharmacopeia Amarika Syarikat.
>Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum.

3-SELAMAT


Komitmen Jangka Panjang Shaklee untuk Ketulenan, Keselamatan dan Keberkesanan.Formula unik kami Ekslusif Tersedia dari Shaklee. Produk SHAKLEE yang disokong oleh daripada 100 paten dan yang sedang dipatenkan.

4-BERKESAN


Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak dan gangsa dalam perlawanan. Produk SHAKLEE memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta-juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkawasan NASA.

5-SEMULAJADI

Seperti apa yang diperkatakan oleh Dr. Forrest C. Shaklee sendiri;
“Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan. ”“Ikuti Undang-undang Alam dan anda tidak akan pernah salah”

Ibu Pejabat Korporat Shaklee di Pleasanton pun nampak semulajadi, terletak di California direka oleh Gensler San Francisco dan dibina menggunakan bahan binaan kekal lama. Reka bentuknya dipuji untuk pencahayaan optimum pada siang hari, orientasi tapak pintar dan penggunaan sistem pengedaran udara di bawah lantai, serta menyumbang kepada kecekapan tenaga dan kualiti udara dalaman.

KENALI CEO SHAKLEE

sebelum ni upa hanya tengok daripada jauh, orang orang hebat ambik gambar bersama Roger, kali ni upa berpeluang jumpa lebih dekat dengan Roger semasa trip shaklee di switzerland tahun lepas.

Dari Jauh upa perhati CEO ni orang yang humble,penuh karisma dan luarbiasa.
Sepanjang upa join Shaklee tak pernah sekali saya dengar dari mulut beliau tentang buatlah Shaklee demi mengejar kekayaan.

Tapi yang ulang-ualang yang dia sebut,
“Mari kita bantu ramai orang dapat kesihatan yang lebih sempurna. Mari kita bantu ramai orang amalkan gaya hidup sihat. Mari bantu orang untuk dapat kehidupan dan kesihatan lebih baik di masa depan.”
Mari saya kongsikan kisah bagaimana dan kenapa dia membeli Shaklee.

Dia memang dilahirkan dari keluarga yang business minded, membeli Shaklee kerana jatuh cinta dengan produk pada asalnya.

Produk yang telah membantu anaknya kembali sihat. Itulah dia ROGER BARNETT CEO Shaklee.
Seorang family man, Kalau nak tahu, dipintu masuk office beliau di Plasenton, nama yang tertera di pintu itu ialah nama anaknya. Beliau juga selalu highlightkan yang business Shaklee ini adalah Family Business.
Untuk menambah rasa cinta yang lebih mendalam, uols boleh google dan baca kenapa Oprah suka sangat dengan Shaklee?

Kenapa Roger Barnet suka sangat sampai sanggup beli Shaklee ni?
Baca and u will be amazed!

Upa bukan pentaksub beliau, tapi kisah orang -orang shaklee ni semua bermula dengan JATUH CINTA KALI PERTAMA, Roger pun macamtu, upa pun macam tu dan upa yakin semua yang berjaya dan setua dalam shaklee adalah sebagai pengguna.

korang ada pengalaman best dengan shaklee?

kongsikan…

Ulfa mohd lamappanganro
founder of DLG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *