Alhamdulillah segala puji bagi Allah, tidak terfikir akan melangkah ke luar negara untuk kali pertama, memang switzerland ni adalah salah satu impian upa sebab permandangan yang sangat- Sangat cantik.
Trip kami bermula daripada 31 Ogos hingga 8 November 2022
upa ke sini memang tak gunakan duit walaupun se sen pun, semua ditanggung oleh shaklee daripada tiker, hotel, makan, malah duit belanja pun dapat CHF200= RM900++
HARI PERTAMA: perjalanan ke switzerland
Bermulalah drama air mata anak-anak di KLIA, yang dah besar kakak-kakanya ok je, yang adiknya mungkin tak faham lagi , di pun ok je, yang paling terkesan si abang imran, dia yang perasan nak ikut, siap nangis-nangis,huhu, drama betul la.
Alhamdulillah jejak je kaki ke KLIA sepenuhnya Pihak shaklee yang uruskan, tangging, duit, bag semua settel
terima kasih sayang-sayang ummi , insyallah one day ummi bawa korang semua ya
Shaklee bagi duit untuk makan tapi kami bijak , kami buat untuk shooping, sebab shaklee memang ada bagi makan kat sana, hihi
Happy dapat duit belanja..hihi
Alhamdulillah semua berjalan lancar, upa dah cuak juga, kot tak lepas imegresen ke, sebelum terbang memang upa check beberapa kali kalau kene black list ke apa ke kan.. fuh seram setiap kali lalu kaunter..
Ada 3 flight, Qatar , turkish dan Emerates upa naik Turkish transit di Istanbul dan terus ke zurich
Pengalaman dalam flight
Perjalanan ke Istanbul memakan masa 11 jam kemudian dari Istanbul ke zurich 2 jam sahaja.. yang kelakarnya bertolak jam 1 pagi sampai kat istanbul jam 6 pagi, terus subuh di istanbul, kalau ikut logiknya perjalanan 6 jam , bertolak jam 1 pagi sampai 6 pagi kan, tapi rupanya makin kebelakang.lepastu dari Istanbul bertolak jam 10 pagi dan sampai di zurich pun jam 10 pagi,hihihi
Memang nervous, fikir macam-macam, dan tawakal je lah, perjalanan 11 jam tu bangkit tidur makan, tidur lagi, makan lagi, nak tengok cerita pun macam tak lalu, nasib baik tak perlu solat dalam flight sebab isyak di KLIA subuh di istanbul.
lepas 2 jam atas flight dia hidang makanan swiss dah, cheese yogurt, sebelum tu memang ada yang share untuk kita biasakan makanan kat sana, landing je kite kene makan yogurt untuk sesuaikan perut kita dengan makanan kat sana.
Gambar pun tak clear, ye la jam 2 pagi makan..mengantuk mengantuk juga, tapi nak makan juga,hihi
 |
Sebelah BDM Amalia |
Pernah ada satu masa mungkin terlanggar awan, flight bergoncang, luruh jantung upa, mengucap banyak, bila bukak mata, orang jiran sebelah pelik tengok upa ) kenapa ulfa?.. upa menginggau rupanya..kelakor la awak..
Sampai di Istanbul jam 6 pagi, kami bergegas cari surau nak kejar waktu solat, ramai jemaah umrah transit situ,yang lawaknya kami hampir salah masuk, mula-mula cari Prayer room, rupanya Prayer room tu untuk agama lain.
Prayer Room untuk agama Budha, Sikn, Hindu dan lain-lain, lepastu ada satu lagi gambar israil, khas untuk agama dia je..
so kami kehadapan lagi cari masjid yang sebenar, rupanya dia panggil masjid juga (mescit)
Fligh ke Zurich pada jam 10 pagi, kami tak cari makan, setting mana yang patut, simcard dan mandi sikit-sikit…
perjalanan dari Istanbul ke zurich selama dua jam sahaja, dan fligh terbang rendah je, nampak sangat cantik , subhanaallah..
Sepanjang perjalanan tak boleh tidur, cantik sangat permandangan, bila naik di ruang angkasa istanbul, nampak padang pasir je, dan eh lupa ada makanan lagi..hihi
sampai di zurich pulak nampak menghijau, sejuk mata memandang, keseluruhan macam pagi, semua berumput.
Hijau mata memandang
N itenerary sepanjang kami di sana cuma ada sedikit perubahan sebab ada masalah teknikal, tu upa cerita kat pos sini
Jadi kami pergi gunung salji 2 hari berturut-turut, takut happy semua ada. tapi kami tahu shaklee jaga kebajikan kami, insyallah tak ada apa2..
Itinerary terkini, tengok hari ke 2 dan ke 3 kami ke salji
Hari ketiga: Titlis baca disini
Hari ke empat: Jungfrau (baca disini)
Hari ke lima: Gruyer , kilang coklat, makanan tradional swiss (Baca di sini)
Hari ke Enam : Lausanne dan Museum olympic (Baca disini)
Hari ke tujuh : vevey, montreux charlie chapline world
cerita upa baca di sini
Hari ke Lapan: hari terakhir kami disini
Geneva- Airport
Bandar geneva berdekatan dengan air port
Walaupun dah berbulan-bulan berlalu tapi masih segar diingatan upa, upa tulis di sini untuk kenangan akan datang nanti anak-anak boleh baca…
Insyallah upa akan update lebih detail day per day, kalau korang tak sabar, korang boleh la masuk ig upa ni, upa simpan highlight trip swiss di sini
sekali lagi upa rasa tak rugi pasang impian seperti mak jenin, ada impian kita akan bergerak ke arah itu..
korang kene percaya je dahulu..
korang berminat nak trip bersasama shakelee? boleh je contact upa,, jangan segan silu, upa guide korang k..
with love : ulfa mohd 013-6240955