Home ยป TRIP PERCUMA DAY 1 ZURICH SWITZERLAND

TRIP PERCUMA DAY 1 ZURICH SWITZERLAND

Hari pertama jejak di Switzerland (1 November 2022) dan hari kedua trip shaklee, hari pertama trip di  KLIA dan atas awan, hihihi

                                                                     INITERARY DAY 1

Bertolak daripada Istanbul jam 10 pagi dan sampai zurich jam 10 pagi juga, hihihi, masa terkebelakangan macamtu.. boleh baca post sebelum ini di sini

Sampai sahaja di Air port Zurich Alhamdulilah , semua urusan Imegresen berjalan lancar,  sementara tunggu Bas datang kami ambik gambar satu untuk kenangan , group turkish airline

GROUP TURKISH AIRLINE 
Masa ni dalam bangunan tak berapa sejuk sangat, bila pintu terbuka rasa la juga sejuk dia. ada 2 bus datang jemput kami

Di luar Air Port zurich ni tak la besar mana, besar lagi KLIA, surau pun tak ada, masa ni tak ambik masa yang lama, sampai je ambik bag dan tunggu bas kejap.

Shaklee bawa kami pusing-pusing bandar zurich , tengok budaya orang sana, cantik bangunnanya, banyak bangunan yang bentuk macam gereja.

Bus atas Rail, ada lorong basikal, lancar sahaja traffiknya,  tengok video kat sini .tour guard cerita serba sedikit pasal jam , pasal keadaan orang di situ.
Habis pusing bandar shaklee bawa makan dekat restoran singgapore, pandai shaklee ya, sebelum rindu masakan malaysia, dia bagi  makanan malaysia dulu, hihi
Restorant singgapore di bandar Zurich

Tak besar sangat, kami datang 2 bas memang berlaga juga nak makan, mujur shaklee susun ikut turn, kami group kedua sampai zurich selepas Qatar air line.

keadaan dalam restoran singgapor
Lauk dia sama macam malaysia, rendang, telur goreng, sambal sayur kobis, tapi tengok harga dia di menu, masyaallah tepuk dahi la, cendol sahaja pun 10CHF (RM50), tapi kami tak bayar apa-apa semua shaklee tanggung.
Lepas makan ada group solat dulu di tepian restoran ni, tapi kami yang perempuan pakat jama’ taakhir di hotel nanti.
Perjalanan diteruskan lagi ke lucern,  menuju ke hotel burgenstock resort, orang kata zurich bandar bersih,tapi upa nampak bandar muar lagi bersir,hihi, mungkin sebab daun banyak luruh, sebab time ni dah nak musim salji, dah nak krismas. tapi dinding  bangunan, shoping compleks banyak vandalisme..
Bas menuju ke lucern ambik masa 2 jam, upa menikmati gunung ganang yang menghijau, di dunia ni pun cantik macamni, bagaimana pula di syurga nanti kan.

Pemandangan menghijau sepanjang perjalanan, sedap mata memandang, tapi kami terlalu keletihan, tidur dulu dalam bas.

Boat menuju ke Burgenstock
Bukti naik Boat, hihi yang ni pun ada tiket, tapi tak tahu harga berapa, sebab upa naik  ni pun free.
Healing-healing atas boat
Dari sini kami boleh nampak france seberang sana, subhanallah cantik mata memandang.
sampai ke daratan, kami menaiki Funacular pula, satu gerabak tak boleh ramai, dalam 10 orang macam tu, perjalanan naik atas tak sampai 5 minit pun. jom rasa excitement dengan kami , tengok video ni

Upa tak sempat nak bergambar dalam ni, sebab masing-masing berdiri dan berebut nk duduk dekat tingkat, nk rakam moment-moment dalam ni..

Ini laluan upa naik ke Hotel
 NAK KE HOTEL KENE NAIK DUA BENDA NI JE KE?

Ni laluan nak ke hotel, boleh je naik bas, tapi shaklee pemurah bagi upa rasa jakun naik 2 benda alah ni,hihi kesian kan.. kalau naikbas pusing-pusing jug jalannya, tapi driver kat sini memang cekap, kitorang pun dah kecut perut macam nak berlanggar dengan orang depan. 

Gift daripada Shaklee hari pertama
Sebelum ni upa dengar je cerita geng2 lama p trip dia kata best mesti ada suprise, kini upa dah merasa, best sangat, rasa berbaloi sangat pengorbanan air mata selama ini. acewah.
Ambik kunci, time ni dah tahu roomate masing-masing, then terus bergegas naik bilik nak solat, sebab waktu magrib kat sana awal, 5.30 petang dah masuk maghrib.

Burgenstock ni ada 2 cawnagan, yang hari pertama hingga hari ketiga jenis resort, area sini ada 2 jenis hotel, Wald hotel dan Palace Hotel.

Upa dapat Wald Hotel, kat sini bukan main special dia ada orang-orang tua buat rawatan , fisio macam tu la kiranya, spa pun ada.
Sekali tengok harga dia semalam, mak ai….. idok la kite ni nk duduk hotel harga gini semalam.. yang Rm500 semalam kat malsysia pun dah rasa have-have, rasa perasan kayangan, duit beli HP lagi best, tapi bukan kami bayar, orang bagi free tak kan nak tolak,hihi.
Harga semalaman RM3533
Kat sini biasa orang kaya pencen duduk, diorang pun nak healing-healing kot, dan ramai ratu-ratu datang sini buat rawatan, daaaan, yang kelakar, diorang kenal Rosmah..pelik tapi benar..
Malam tu kami ada Welcome Dinner dengan semua qualifiers(group Qatar, Turkish,Emerate)

Inilah dia geng travel single, kami di mana saja together, yang lain datang bersuami, kita ber single..haha.. insyallah next time bawa anak dan suami.

Kambing mild cook
ni menu upa, fish (apa entah nama fonso-fonso dia) canggih beno
ada satu lagi menu ayam, lupa nak ambik gambar, kononya dah biasa makan ayam, aca-aca tak sedor diri kat malysia jemu makan ayam,hihi
Desert Cheese, bawah bulatan bawah tu semua cheese

Desert lagi, yang belakang tu macaron, tak pernah makan sesedap macamtu, tapi dah kenyang punya pasal, makan 2 je la. serve dia memang tip top, diorang pun pelik sangat orang kampung mana makan hotel 5 bintang ni, cer korang tengok cara diorang hidang makanan, macam kawad kaki pun ada nengoknya. cer nengok sini

Pisau makan ni ada cerita disebaliknya, kelakar pun ada tapi buat kenangan, si upa yang jakun makan hotel 5 bintang.
Waktu kami dinner ni pukul 8 waktu malaysia jam 1 pagi, kami makan mata tinggal separuh, masih jetlack, dah la serve step by step. ni menu last dia walaupun upa nampak macam togey, tapi sedap, ada orang tanya boleh kenyang ke makan sikit2 macam tu, seirus upa tak tipu, memang kenyang!
kami habis dalam jam 10 malam macamtu (waktu malysia jam 4 pagi,) hahaha, balik hotel tak boleh tidur lagi, sebab nak sediakan baju untuk esok, naik gunung titlis baca sini

Baju untuk panjat gunung esok

masuk je hotel terus nampak katil, tab bukan main ada cantik2 tapi tak dan nk mandi, kalau anak ada mesti dah gedebush masuk tab ni.

tiba-tiba dengar bunyi loceng, kling-kling, eh sini ada kuil ke, tapi locengnya bunyi macam lain macam, nak jengah kat luar dah gelap.. esok je la kite jengah ya..
esok dah siang kite siasat, bunyi loceng tu daripada mana..
sekian….
terima kasih membaca, tinggal jejak skit anda yang membaca..hihiih

0 thoughts on “TRIP PERCUMA DAY 1 ZURICH SWITZERLAND

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *