PENGALAMAN KHATANKAN BABY ilyas ( Disember 2019)
R amai yang tanya pasal ilyas sunat haritu, lama dah nak share pengalaman sunatkan ilyas aritu, baru harini sempat nak mencoret.
Terima kasih yang pernah cerita pengalaman ibu untuk rujukan,kali ni upa pula share pengalaman upa untuk rujukan korang.
Sebelum nak sunat, banyak² study, actually dah study masa abg imran lagi, tapi takde rezki nak sunatkan dia, sbb time tu kat muar dan Batu pahat susah nak cari klinik yang ada sunat baby, paling tidak 6 bulan ke atas, ada juga private hospital pantai BP tapi kos agak mahal, rm400 basic, belum termasuk lain2.
Ok berbalik cerita sunat ilyas ni, mula² survey tempat,di s.alam, Rm300, tapi appoiment bulan 1, lama lagi nk menunngu, di klinik TTDI pun harga lebih kurang, tapi jauh kesana…
Ni alang² balik johor, nanti nak balik selangor singgah melaka..
👉🏻 umur ilyas 45 hari,
👉🏻 klinik Amal bukit katil melaka
👉🏻Rm150 saja
👉🏻smart clamp
👉🏻Appoiment buat last minute sehari sebelum.
👉🏻 Dia bagi waktu pagi jam 10 atau petang jam 4, upa pilih jam 4 petang
Masa sampai je upa orang pertama, Alhamdulillah, masuk bilik tu nurse tanya, dah cakap-cakap ke dengan baby nak sunat ni? Upa terpinga², oh….kene cakap dulu ke? Nak bagi dia ready kot…
Masa proses tu kami tidak dibenarkan merakam dan ambik gambar, tapi masih segar diingatan detik² tu.
Ilyas dibaringkan atas katil khas dengan tali untuk tujuan ikat kaki tangan supaya tidak meronta..
Masa ikat saja dia dah meronta, sampai terlepas kaki daripada ikatan..nurse ikat semula, sambil letak jari manis dimulut ilyas ( sepatutnya kene ready puting kosong) nak bagi dia leka menghisap.
Detik cemas bermula, upa taknak lepaskan peluang saksikan pengalaman ni.
Doktor bagi bius, 2 kali cucuk, berkaca mata ilyas, tangisan semakin kuat, melalak semahu-mahunya, upa yang ketap bibir nak tahan air mata, sambil selawat di telinga ilyas. Kakak2 dan imran tunggu kat luar terdiam, dengar adiknya melalak macam apa😅
Mulut doktor tak lekang dengan selawat setiap permulaan operasinya.
Lepas bius doktor tinggalkan dalam 10 minit.Masa tu nangis masih berbaki,mungkin bius dia dah beri kesan..sambil nyonyot jari upa. Luluh hati si ibu..
10 minit lepas tu doktor datang kembali, operasi bermula, dimulakan dengan gunting, masih segar dalam ingat bunyi gunting kulit tu.. srek..srek..
kemudian laser (rujuk gambar) untuk potong dan matikan kulit, bau kulit terbakar. Lepas selesai Baru pasang smart clamp tu.(laser seperti dalam gambar), selesai, tanpa jahit..
Memandangkan kami jauh nak datang keesokanya, nurse ajar cara buka.
Perjalanan ke selangor punya cabaran,kalau ikut pembacaan bius bertahan 2 jam je, perjalanan kami masih berbaki 1 jam lebih.. sempat la kot.
Naik je kereta,ilyas tido, mungkin kepenatan melalak agaknya tadi, tapi dia tak selesa kalau dibaringkan, so upa dudukan menghadap depan, pampers pun pakai yang abgnya punya XL supaya ada ruang dan tidaak ada tekanan pada alat clamp tu.
Dalam 10 minit perjalanan ilyas nangis lagi, menangis kesakitan, berulang², nangis susu tidur,sebaik sahaja sampai di rumah.
Upa macam berpantang lagi, suami tak bagi kemana2,sentiasa disisi ilyas, Kalau baca pengalaman ibu2 lain, mereka share malam pertama baby akan menangis dan nangis, Alhamdulillah malam pertama kedua dan seterusnya ilyas tidur nyenyak, siang saja nangis sikit².
Cabarannya nak sedut air kencing keluar daripada corong plastik tu,kemudian guna cutton buds supaya sentiasa kering dan elak jangkitan, seram mak oiii, merah² lagi dagingnya.
CARA BUKA CLAMP KHATAN
Hari kedua sama waktu dia sunat semalam, upa rendam ilyas terlebih dahulu, supaya tak melekat dan kembang sikit kawasan yang nak dipisahkan..kami buka guna playar, pusing ikut lawan jam dan buat mcm kaedah diajar nurse.. ni pun cabaran jugak ni,sebab alatnya melekat dengan kulit.. time ni melalak lagi sekali,tapi kurang sikit dari semalam.. merah lagi isinya,
Bila dah bukak mudah sikit nak jaga, pastikan sentiasa kering je, pampers pun longgarkan supaya udara masuk, nunai ilyas di gantung dengan kain gouz supaya tidak lembab dibawahnya..(rujuk gambar)
Cara dokong baby sentiasa menghadap depan,ampu punggungnya saja, nak mandikan sekejap2 je, lepas mandi biarkan terdedah kejap, tapi awas dah berapa kali kene tembak,berapa kali kene ganti cadar,kali ni tembakan dia lebih jauh😅
upa tak ada pantang makan, telur ke ayam ke, upa makan je, tapi upa ambik suplement zink dan vit c untuk cepatkan luka kering…
Hari ketiga,
Daging masih merah, bila upa try dukung menghadap upa, dia tak menangis… Alhamdulillah…
Hari keempat kehidupan ilyas sudah seperti biasa… siap berjalan merata tempat lagi😅
Kesimpulannya..
👍🏻sunat baby lagi mudah, cepat baik.
👍🏻sunah Nabi
👍🏻Mental ibu kene kuat
moga bermanfaat perkongsian ini untuk ibu² yang nak,sunatkan baby dari baby
#ihsan gambar google dan ada gambar asli.