Sekarang banyak lalu lalang di media sosial berkenaan dengan Iintermitten fasting (IF) kan?
apa yang korang bayangkan kalau sebut IF ni?
Kurus?
Cantik?
Tukar saiz baju?
Semua dia atas betul?, hihii
betullah tu, kira berkaitan la kan, sebelum tu upa nak buat ringkasan sedikit berkenaan dengan IF ni,
IF ni boleh dipanggil Puasa berselang atau berkala berkala tapi bukanlah macam puasa kita sebagai orang islam tu, ia adalah HANYA berpuasa dari sebarang makanan tetapi BOLEH minum air tanpa gula juga tanpa campuran karbohidrat berkanji yang lain umpama oat, nestum dan sebagainya
Korang tahu tak sebenarnya IF ni bukan semata-mata untuk kurus, tapi bonus untuk merehatkan tubuh kita, setahun kita dah makan macam-macam, Allah beri rehat sebulan pada bulan Ramadhan, kita tambah lagi dengan IF ni untuk extra sihat.
Pernah dengar tak penyakit datang daripada perut kita, perut kita tu maksudnya daripada makanan la, malah dalam konsep IF itu sendiri tidak menyentuh sebarang bentuk kalori dalam pemakanan.
Ramai tidak sedar kelebihan IF kepada kesihatan manusia, kebanyakkan yang buat IF atas tujuan nampak anggun, ramping, rupanya dengan mengamalkan IF ni mampu menyihatkan tubuh badan anda.
5 kebaikkan Intermittent Fasting (IF)
1- Memperbaiki komposisi dan kecergasan badan
Komposisi badan lebih baik melalui tindakan hormon dan metabolisme kemak
2. Meningkatkan tahap kekenyangan walaupun makan sedikit
Tisu lemak berfungsi sebagai sejenis organ endoktrin, menghasilkan beberapa jenis hormon. salah satu daripadana adalah leptin , yang memberi kesan kepada tahap kekenyangan anda, dengan IF tahap leptin dalam badan menurun peringkat awal, namun apabila berat menurun, rintangan terhadap leptin juga berkurangan. menjadi lebih responsif kepada leptin meningkatkan tahap kekenyangan anda.
3.- Memperbaiki proses kita semula sel
Usia kita semakin lama semakin meningkat, apabila usia meningkat, sel jahat di dalam dan luar badan akan membiak ke seluruh tubuh, menyebabkan kerosakan tisu badan serta menyumbang ke arah penyakit progresif, dengan mengamalkan IF ia dapat memperbaiki badan melalui kitar semula sel melalui proses autophagy, proses ini menyasarkan percernaan sel-sel rosak dan tisu tua pada peringkat selular.
4-Mengurangkan keradangan
Kerandangan boleh menyebabkan oleh banyak faktor, salah satunya adalah diet yang tidak sihat, yang banyak radikal bebas, makanan yang mengandungi gula halus, karbohidrat, alkohol,tenusu dan makanan bergoreng boleh menyebabkan keradangan. apabila kita melakukan IF ia mengurangkan keradangan melalui keseimbangan hormon yang lebih baik, terdapat beberapa kahian menunjukkan tahap insulin yang lebih baik dapat mengurangkan stress oksidatif yang berpunca daripda radikal bebas.
5-Membakar lemak berlebihan
Apabila kita melakukan IF lemak akan terbakar, ia membantu membakar simpanan lemak pada organ seperti hati dan buah pinggang, lemak berlebihan pada organ -organ utama ini berupaya menganggu fungsi organ berkenaan, ia membantu pembakaran lebih cepat berbanding pengurangan pengambilan makanan kalori. satu kajian mendapati bahawa berpuasa (IF) meningkatkan metabolisma badan manusia secara mendadak
6-Menambahbaikkan kesihatan kardiovaskular
IF sangat bagus untuk kesihatan kardiovaskular, terutamanya kepada merea yang mempunyai masalah kesihatan berkenaan metabolisma, ia dapat memperbaiki fungsi kardiovaskular, komposisi darah dan tekanan darah, malah sangat bagus mereka yang menghidap diabetes tahap 2 dan kolestrol tinggi.
korang terfikir tak, apa hikmah Allah suruh kita berpuasa? mungkin sedikit sebanyak membantu anda untuk mulakan sekarang.
nak tahu cara IF yang betul? korang tekan je disini
jom mulakan!
nak dapatkan konsaltan percuma boleh contact upa di link ini
Terima ksih Ulfa atas sharing
Terima kasih atas perkongsian ni upa..
terima kasih juga walking blog