Asslamualaikumwarahmatuullahhiwabarakatuh…
sebelum upa nak share kisah perjalanan anak upa ni, banyak kali upa fikir baik dan buruknya, tapi selepas diteliti banyak baiknya upa share, mungkin ada ibu yang senasib upa ada ujian seperti ini..
Tasnem anak kedua upa, lahir pada 17 april 2014…
Alhamdulillah cukup bulan dan smepurna..
penyakitnya bermula pada bulan 9 tahun 2015.. time tu upa tak pasti apa nama penyakit dia ni..
bulan 9 tu, kami sekeluarga, baba, mia ,anem gatal-gatal,kembung air di tangan..sangat2 gatal, kami ke hospital 2 3 kali, doc kata scabies (kuman tilam) , doctor bagi ubat putih untuk sapu seluruh badan kami anak beranak.. dan balik rebus semua pakaian, cadar dan mainan, kami balik buat seperti doktor suruh, baju pun direbus, memang renyuk seribu la..jenuh nak iron.
.
dalam bulan yang sama upa, suami dan mia alhmdulillah dah baik sepenuhnya, dah tak gatal-gatal, tapi tasnem masih lagi menggaru, menggaru dan menggaru..time tu tak terus sangat,

saya jumpa ada rakan fb share pasal anak dia eczema,(ros alik) saya pm dia gune produk apa, dia gallakan saya join group “kumpulan sokongan eczema” (KSE) dalam tu ada doctor juga, banyak beri nasihat, saya banyak belajar dari situ, pasal steroid, pasal leaky gut, pasal gula dan macam-mcam la, secara autmatik kami tukar segala-galanya, beras, gula, tepung yang free gluten, walaupun kat sini (sarawak) agak susah nak cari semua tu.. tapi berkorban la, cari kat cosway mana yang ada, selagi boleh ganti kami ganti, ayam pun kami sekat-sekat makan, nak cari ayam organik, memang xde kat sini..
Sampai la bulan 12 2015, kaki anem naik bernanah2, infection dari menggaru dia… saya jadi panic, sampai ada offer berubat cara kampung, saya pegi juga cara kampung, daun semambu,kunyit daun itu ini lah keluar…tapi part yang sampai melibatkan akidah, saya tarik diri, tak rela kalau anak sembuh tapi akidah terpesong..nauzubillah.
routien saya sudah berubah sejak tu, tiap lepas pukul 12 mesti bangun, nak halang anem menggaru, sebab kalau dia menggaru, mesti luka, bila luka, akan bernanah,,dan….jadi lebih teruk. jadi mintak dengan suami tido awal,sebab lepas kul 12 kene berjaga sampailah jam 4 pagi..jam 6 kene bangun lagi untuk ke sekolah… macamtulah hari-hari…sampai sekolah agak tingtong juga..
.
bila naik bernanah terpaksa jumpa doctor, ambik antibiotik…kering…gatal…dan jadi lagi, setiap bulan 2x ambik antibiotik, risau jugak terlalu kerap ambik antibiotik, tapi time tu tak ada pilihan,terpaksa.
time tu kering tapi masih gatal-gatal…dpendekkan cerita cuti bulan 6 tahun 2016 kaki anem sangat2 kritikal, tasnem nangis saya pun mesti menangis, kesian, tak sampai hati tengok anem macamtu.
.
saya jumpa ustaz kamal kat kluang, pusat perubatan muhibin, kot-kot la ada gangguan ke, ade orang dengki ke, kene dekat anak, tapi ustaz kamal ni bukan berubat yang tu, dia back to basic lebih menekankan perubatan dalam bentuk rohani dan makanan, banyak kami belajar disitu, secara tidak langsung banyak memberi peringgatan, apa2 bergantung lah pada ALlah, tahajud jangan tinggal, paling terkesan ustaz cakap ” Allah beri ujian ni ada hikmah dia,mungkin ALlah nak ulfa dan suami bangun tahajud, menggadu pada Dia” ” kalau bukan kerana tasnem ulfa mungkin ulfa tak sampai kluang ni belajar macam-macam ilmu pasal makanan” betul juga ustaz cakap ustaz tu, jadi kami balik bawa madu formula ustaz dan titisan xy untuk mandi dengan ais… kami menumpang mandi sekali,,wah ssangat2 best..hilang stress..
.
tapi routien tetap macam tu, bila naik bintik air kat tangan, mesti kitorang risau..sebab tu tanda2 akan naik lagi…yes memang betul…setiap bulan biasa-biasa saja tapi kali ini memang betul2 teruk..
kalau no 4 tu naik, dia akan bermula, ambil antibiotik sekejap je kering, lepas kering jadi lagi…Allahu…
macamtu la setiap bulan..
sampaikan effect tak boleh jalan, lembik sangat-sangat, tapi nak juga main dengan kakak dia, bukak mata pun berat…sayu sangat.. sampai mengesot nak ambik barang.
.
time ni tak ada pilihan, pergi doc ko, pakar kulit… memang dah tahu akan bagi antibiotik tapi memang terpaksa sebab dah teruk sangat2.. sebelum tu memang dah pergi banyak dah doktor pakar..beribu juga habis ke doc-doc pakar, tapi kesudahannya kembali kepada rawatan ikut group eczema, based on produk natural.
.
apa yang dicadangkan dalam group, semua saya beli, cuba daya, tak ok yang tu cuba ni pulak…produk memang natural 100%, dan harga dia huh, memang berpeluh, bulanan dekat RM500 untuk beli ubat2 natural anem ni, memang banyak kene korban…
.
terpaksa rendam dengan gauz tu skali sebab nanah melekat buat dia nangis…
jadi lama-lama dah biasa bangun malam merawat anem…kuku memnag kene sentiasa pendek, kalau tak..ehm..
.
disember 2016 ujian datang lagi, kali ni lagi teruk dari bulan 6, ya Allah… saya perasan keaadaan anem akan menjadi-jadi bila cuti balik semenanjung, makanan tak tekawal, lagi-lagi gula…jajan-jajan. plus beras yang tak berapa padat dengan kanji..
.
bila bintik kat tangan naik, kami dah mula bersedia, tahu apa akan jadi…. derita semakin panjang…
..
saya akan sambung di bahagian KISAH 2, hinggalah saya dah jumpa penawarnya,alhmdulillah…
insyallah…