
Selepas melakukan rendaman beberapa ketika , didapati epal didalam bekas Vitalea bertukar menjadi hitam! Jadi betulkah Vita-lea Shaklee ini benar benar merosakkan buah pinggang ?
Jadi, geng kami sendiri telah melakukan eksperimen untuk melihat adakah benar apa yang didakwa itu.
Ekperimen dilakukan dengan menghiris epal kepada bahagian bahagian kecil dan diletakkan dalam beberapa rendaman vitamin
- Garlic Complex
- Chewable Vita C 100mg ( anti oksidan)
- SR Vita C 500mg ( anti oksidan)
- Vitalea Shaklee
- Air kosong (kawalan)
Jom kita lihat apa yang terjadi ?
selepas 16 jam
kredit foto :vitaminkita
- Garlic Complex – masih kekal sama
- Vitamin C Chew – masih kekal sama
- SR Vita-C – masih kekal sama
- Vita lea – mula kehitaman di sekeliling epal
- Air kosong – lebam dan lembik

Hasil selepas 24 jam
Jadi betullah Vitalea Shaklee ini rosakkan buah pinggang ?
Nanti dulu, kita ada 2 kesimpulan disini
Sebelum tu, jom kita gali dulu info pasal Vita-lea ni.
Vita-lea Shaklee adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral untuk tubuh termasuklah iron (zat besi).

Vita-Lea Shaklee

Apa itu iron?
Iron adalah komponen penting hemoglobin, iaitu bahan dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru kita untuk diangkut ke seluruh badan anda. Jika kita tidak mempunyai cukup zat besi, tubuh kita tidak dapat mengangkut oksigen ke organ badan yang lain secara efisyen. Akibatnya kita akan mengalami rasa letih. Kekurangan sel darah merah dipanggil anemia atau kekurangan zat besi.
Iron dalam bahasa saintifik juga dipanggil Ferum (Fe). Ferum ini mudah teroksida sifatnya. Lebih lebih apabila ia “bertemu” dengan air dan udara (oksigen). Contoh seperti besi pagar rumah kita, bukan kah lama kelamaan biar berhujan dan berpanas ia akan bertukar rupa menjadi karat. Karat ini adalah contoh teroksida. Bertukar rupa, bertukar wajah, bertukar sifat.
Kesimpulan pertama
Jadi adalah wajar untuk Vita-lea yang mengandungi formula Iron yang direndam dalam AIR dan terkena UDARA akan teroksida dengan cepatnya. Dan epal tadi bertukar menjadi kehitam hitaman.
Ini menunjukkan eksperimen yang dilakukan oleh syarikat tersebut bersifat hentam kromo. Tidak mengkaji secara teliti terlebih dahulu dan seolah olah ingin memburukkan produk Shaklee di mata umum !
Jadi, adakah buah pinggang kita pun akan hitam ?!
TIDAK ! Ini kerana badan kita sememangnya memerlukan zat besi untuk untuk tugas yang telah saya nyatakan diatas tadi . Tambahan pula sel kita akan sentiasa ditukar ganti setiap 90 hari. Dan ianya memang selamat untuk dimakan !
Kesimpulan ke 2
Cuba lihat hasil dari eksperimen diatas. Rendaman dalam kedua dua Vita C Shaklee tetap cantik, tiada lebam dan masih utuh. Kenapa ?
Ini kerana Vita-C adalah bersifat anti oksidan. Anti bermasud melawan. Anti oksida bermakna melawan pengoksidaan. Walaupun sudah 24 jam direndam dalam air , hasilnya tetap sama. Sama seperti warna dan rupa asalnya. Mentennnn !
Dan kerana sebab itulah, vitamin C Shaklee menjadi pujaan ramai wanita. Sifatnya yang tinggi anti oksidan bertindak menentang dan melambatkan penuaan pada kulit dan wajah. Tidak seperti lain lain jenama vitamin C di pasaran yang hanya memberi perlindungaan saat itu sahaja, kandungan dalam SR Vita-C Shaklee ini dibebaskan dalam sela masa setiap satu jam dalam tubuh kita selama lima jam untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat perlindungan anti pengoksidaan. Sebab itulah ia menjadi pilihan ramai !
Jadi saya harap dengan eksperimen dan penjelasan diatas akan dapat memberi gambaran yang jelas dan terang tentang isu ini. Jika ada sebarang kemuyskilan boleh berhubung terus dengan saya.
Anda nak cuba Vita-C Shaklee atau Vitalea ? Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA
*******************************************************************************************
Mahukan harga lebih jimat ? Daftar saja sebagai ahli, sekali untuk seumur hidup dan anda dapat jimat 15-20% untuk setiap vitamin. Juga berpeluang untuk jana pendapatan sampingan 4-6 angka sebulan! *******