Home ยป Cara mudah melembutkan daging segar

Cara mudah melembutkan daging segar


Selamat menyambut hari raya haji, yang dah dapat bahagian daging tu dah terpikir-pikir nak masak apa?kari, rendang, sate? semua sodap…slurpppp… tapi yang jadi masalah problemnya runsing masak daging tapiiii daging xhempuk,liat, keras lentung bla..bla,,….

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan?

 

Berikut beberapa cara untuk melembutkan daging korban anda:

1. Tumbuk buah keras sampai lumat. Kemudian, masukkannya ke dalam masakan anda seperti gulai daging.
Atau…
2. Nanas masak,blend nenas masak tu sehingga halus then perapkan bersama – sama daging selama 2jam. portion untuk daging dan nenas tu agak2 seimbang ok. jangan plak daging lagi banyak dari nenas, nanti tak lembut lak daging tu. selepas tu, bilas daging dengan air yang bersih. then masak la daging tersebut  mengikut kehendak anda. ok? dengan cara ini, bukan sahaja dapat melembutkan daging, jus daripada nenas tu juga dapat memaniskan daging tersebut..
Atau…
3. Ambil sebiji betik muda. Pilih yang kecil saja dah memadai. Bersihkan betik muda dengan membuang kulitnya. Hiriskannya dulu dan masukkan ke dalam masakan anda.
 Atau…
4. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.
Atau…
5. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.
 Atau…
6.Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.
Atau…
 7.Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.Memula, hiriskan dahulu daging tersebut. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.
 
 Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik. Biarkanya selama 1 jam.

Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk. 

Atau…

8.Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.

Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.

Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.
Sekarang anda dah tahu petua untuk melembutkan daging, kan? Lepas ini bolehlah anda cuba mana-mana cara di atas. Mudah-mudahan masakan daging anda lebih enak nanti. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *