1. Kontraksi Rahim

– Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.
3. Pecah ketuban

– Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.
4. Lendir pekat bercampur darah

– Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .
5. Serviks terbuka
– hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.
6. Kerap terkentut
– Sesetengah wanita akan kerap terkentut
7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
– Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati…
8. Kerap terkencing
– Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.
9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
– Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera
10. Berat badan berkurangan
– Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.
**********************************************
“Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin”.