Selepas habis pantang, ibu mula kusut memikirkan, macamma nak menyimpan susu ibu dengan betul.
Semua ibu mengimpikan menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, namun terkadang menjadi masalah dan terpaksa campur susu formula apabila ibu mula bekerja.
Usah risau, menyimpanan stock susu dapat membantu para ibu untuk terus menyusukan anak sehingga 2 tahun.
ANTARA SOALAN POPULAR:
Soalan 1: Bagaimana membekukan susu dengan cara yang betul?
Jawapan :
–.Labelkan setiap bekas dengan tarik dan masa perahan menggunakan sticker putih . Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.
– sejukkan susu dalam masa 1 jam selepas diperah
-Tempatkan bekas susu di bahagian paling sejuk peti ais (jauh daripada pintu).
–Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
-Jangan isi susu terlalu penuh di dalam bekasnya, tinggalkan 1 inci untuk susu mengembang semasa proses sejukbeku.
-Seeloknya ,simpan susu dalam kuantiti kecil (2-4 oz) dalam setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran. Sebab bayi menyusu sedikit sahaja, Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.
Soalan 2:Apakah tempat atau bekas yang sesuai untuk simpan susu ibu?
Jawapan: Ketahanan susu ibu bergantung kepada bagaimana cara ia disimpan.
–
STORAGE BOTTLE
– BEKAS DADIH PUN BOLEH
zz
– AMARAN : Jangan menggunakan plastik aiskrim kerana ia tidak bersih dan boleh merosakkan susu.
Soalan 3: Mana yang elok, nak simpan di bawah atau tempat beku?
Jawapan: Susu perahan lebih baik disimpan dibahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer), jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. sekiranya pada hari ke 5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangkan tempoh hayatnya.
Soalan 4: Macam mana nak cairkan & panaskan susu EBM yang dah beku?
Jawapan: jika anda nak guna susu yang telah dibekukan esok hari, turunkan susu tersebut ke peti sejuk bawah pada waktu malamnya.
– semak tarikh pada bekas penyimpanan, gunakaan susu yang lama dahulu
– – cairkan dengan perlahan-lahan, letakkan susu beku di bahagian fridge selama 4 jam atau kalau nak cepat lagi boleh letakkan susu beku di bawah air paip yang mengalir, setelah mula cair rendamkan dalam air suam untuk terus mencairknaya.
–
– – lebih mudah menggunakan warmer bagi memudahkan memanaskan susu, warmer hanya 40 celsius shaja, jangan lebih daripada itu, kerana dapat merosakkan nutrien yang ada pada susu ibu.
–
– jangan cairkan pada suhu bilik atau elakkan letak susu atas meja , dapur atau sinki untuk mencairkannya
–
– Jangan mencairkan atau memanaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro, oven atau di atas api. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.
Soalan 5: Kalau susu beku yang dah dikeluarkan, boleh ke nak bekukan balik?
Jawapan : Susu ibu yang asalnya beku dan telah dicairkan,tidak boleh dibekukan semula, ia perlu simpan di bahagian bawah dan boleh digunakan dalam masa 24..
Soalan 6: Kalau bayi minum tak habis, boleh ke simpan & panaskan semula?
jawapan: ibu-ibu maish boleh menyimpan susu tersebut dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya. (anggaran tidak lebih dari 2 jam). jika pada penyusuan kedua tidak habis juga maka susu tersebut perlu dibuang.
Soalan 7 : Bolehkah mencampurkan susu baru diperah dengan susu yang sedia sejuk?
Jawapan : Boleh, tetapi jangan campur susu sesuka hati, sejukkan susu yang baru diperah dahulu sebelum mencampurkannya dengan susu yang sudah sedia sejuk. pastikan kedua-dua susu yang nak dicampurkan berada pada suhu yang lebih kurang sama.
Soalan 8 : Berapa lama susu tahan?
Jawapan: ketahanan susu ibu bergantung kepada cara bagaimana ia disimpan
– PETI SEJUK SATU PINTU:
Bahagian atas 2minggu dan bahagian bawah5 hari sahaja.
– PETI SEJUK 2 PINTU :
Bahagian atas tahan 3-6 bulan dan bahagian bawah tahan 5 hari sahaja.
Deep Freeze :tahan sehingga 6-12 bulan
Cooler bag./box- tahan sehingga 12-24 jam
-suhu bilik, atas 25 C: 4-6 jam
– JIka telah melampaui masa simpanan, jangan syaang untuk membuangya.
Soalan 9 : Bagaimana Membersihkan Bekas Penyimpanan susu selepas digunakan?
Jawapan:
-Basuh bekas menyimpan susu dalam air panas bersabun dan bilas dengan air panas.
-Biarkan bekas kering di tempat yang bersih.
-Anda juga boleh mensteril bekas dengan menggunakan tablet sterile yang dijual kedai bayi atau farmasi.
Panduan Memberi Susu Ibu:
- Goncang perlahan susu yang telah suam dan rasa kepanasannya dengan tangan anda sebelum menggunakannya.
- Pegang bayi semasa memberinya susu perahan.
- Jadikan penyusuan menyeronokkan; bercakap dan senyum dengan bayi.
- Sendawakan bayi selepas memberi susu perahan.
- Gunakan susu ini dalam masa 1 jam. Buang selebihnya
Maklumat Tambahan
1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakancooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer).
2. Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).
3. Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia tidak digunakan dalam masa 4-6 jam selepas diperah.
4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
*Jika bayi anda tidak cukup bulan atau ditahan di wad, minta nasihat jururawat tentang cara
yang sepatutnya anda gunakan untuk menyimpan susu dan membersihkan bekas menyimpan
susu.
Susu anda kurang?
nak susu sentiasa meriah macam ni?
nak stock susu sentiasa penuh dalam peti?
jom, contact saya cara nak dapatkan susu yang banyak.
013-6240955