Home ยป Tahukah anda susu ibu ada 2 jenis?

Tahukah anda susu ibu ada 2 jenis?


Ramai dalam kalangan ibu -ibu diluar sana tak tahu jenis susu badan kan?
Tahukah anda susu ibu ada 2 peringkat yang berlaku semasa proses penyusuan iaitu  FOREMILK dan HIND MILK.  
Macam mana nak kenal dua jenis susu ni? 
Foremilk adalah susu yang terhasil diawal sesi penyusuan,(senang kata susu awal/hadapan)  biasanya rendah lemak.
 
Hindmilk adalah susu yang terhasil diakhir penyusuan,(susu akhir/belakang). mengandungi tahap lemak yang lebih tinggi dari foremilk.ok kita tengok gambar kat bawah ni,


Perbezaan warna foremilk dan Hildmilk

 

Sukar membezakan antara foremilk dan hindmilk kerana pertukarannya berlaku secara perlahan-lahan tanpa ibu sendiri tidak sedar bila berlakunya pertukaran susu tersebut.

Kajian daripada kumpulan Peter Hartmann menyatakan bahawa kandungan lemakk dalam susu ibu ditentukan oleh tahap kekosongan breast.

Apabila kandungan susu dalam breast kurang, susu dihasilkan lebih pekat.

YANG MANA LEBIH BAGUS UNTUK BAYI?
  
Jawapanya dua-dua bagus, TAPI  setiap ibu dinasihatkan menyusu anak mereka sehingga baby mendapat susu akhir. Maksud saya disini, jgn berhentikan penyusuan seawal 10 minit pertama kerana waktu itu baby HANYA hanya dpt susu awal (foremilk) yang mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat manakala hindmilk mengandungi kurang air dan kandungan lemak yang tinggi. Ini akan mengenyangkan baby dan penting untuk tk tenaga dan tumbesarannya.
Jadi dinasihatkan ,pastikan anak anda mendapat susu hindmilk supaya anak anda lebih kenyang..
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK IBU-IBU ATAU BAKAL IBU DI LUAR SANA.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *